Thursday, May 7, 2009

:: mungkin dapat membantu agaknye...::

Malaysia - Statistik menunjukkan kemalangan di jalan raya kini semakin meningkat, itu belum termasuk kemalangan anak2 muda ketika beradu asmara. ooopss!! kamu faham maksud saye bukan.

Pelbagai kempen telah dijalankn oleh pihak berwajib bg mengurangkn kecelakaan jalan raye yg tidak di ingini ini. Mat2 Rempit juga turut mengambil bahagian dlm kempen tersebut. Mereka tidak lagi berpeleseran di malam2 minggu tapi lebih sanggup lepak dirumah sambil bermain kuiz di facebook ( ya, saye juga suke aktiviti ini).

Atas kesedaran yg amat tinggi ini, rakyat malaysia haruslah dipuji supaya terus mengekal kn nilai2 murni ini tidak kira dimane mereka berada, walaupun hanya menjadi ahli majlis mesyuarat tingkap.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*antara gambar ahli mesyuarat tingkap yg dpt di rakam.

Wednesday, April 8, 2009

:: dalam kenangan ::

Bicara hati yg lame aku simpan
Pendam dgn penuh rase terkilan


Ibu…
Belum puas rase nya hidup ini dgn kasih sayang ibu
Dimanja dan diberi bahagia
ketawa mendengar jenaka
Ibu tabah melayan kerenah


Ibu…
Belum puas rase menjaga ibu saat ibu sakit
Belum puas rase menyuap ibu makan
Walau ibu tiada selera, tapi ibu tetap telan
demi menjage hati kami, ibu masih turutkan


Ingat lagi waktu menjage ibu,
Bila malam, ibu akan panggil suruh baring dekat ibu.
Ibu kata jangan tinggal kan ibu
Dengan lembut, ibu ajak mengaji sama-sama sampai ibu tertidur
Kadang-kadang, sambil baring ibu genggam tangan saya,
Ibu genggam erat, langsung tidak lepas


Bila sampai waktu untuk pulang ke universiti,
Berat hati untuk tinggalkan ibu,
Nampak mata ibu berair,
Ibu akan hulur tangan, bisik dengan halus supaya doakn ibu
Ibu pesan, belajar rajin-rajin,
Saat tu, dengar suara ibu terketar-ketar..
Ibu mohon ampun pada saya..
Langsung ibu, langsung tiada dosa


Dulu mase ibu masih ade,
Jarang aku dail nombor ibu..
Menyapa khabar bertanya berita..
Kini bila sudah tiada.
Mau saje aku jerit
Merintih mahu mendengar suara..


Kesal sungguh tak dpt bersama ibu waktu saat ibu hembus nafas terakhir
Namun DIA lebih sayang kn ibu.
Tiada mata yg sanggup melihat ibu sengsara
Moga ibu sentiasa aman di sana, di sisi Maha Pencipta


***************************************************************

Maafkan saya ibu,
Maafkan atas kelalaian dalam menjaga ibu,
Maafkan jika pernah mengguris hati ibu,
Walau ibu tak dapat membaca sisipan ini,
Moga2 roh ibu bahagia disisi-Nya.

Betul orang kata,
kita akan menghargai sesuatu bila sudah kehilangan…
Dan kini sumenye hanya tinggal dalam kenangan

“ Dari DIA kita datang, dan kepada DIA kita kembali..”

**ibuku, Ramlah Bt. Karmin, telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 25 Februari yg lalu.

Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah, moga2 roh nya diberkati Allah.

AL - FATIHAH

Monday, January 19, 2009

:: antara dua ::

Ini bukan cerita cinta. Kisah dalam kelambu juga bukan. Ini antara aku dan abah.
Abang drive keta. Abah duduk depan. Dan aku mcm biase, jd rakan kongsi tidur kat belakang.

Abang : " Bdak kat blakang tuh, jangan lupe pakai seat-belt.."

Aku : " Malas r, rimas kot".

Abang : " Kang kene saman baru padan kau!"

Aku : " Takde kene saman nyer" .

****diam sekejap. Dan tibe negare ketiga campur tangan..

Abah : " Kau nak pakai tali pinggang ke kau nk pakai tali gantung? "


Nada yg selambe, tp tepat kena kat muke. Dua lawan satu? mmg kalah la kan.
Aku tarik muke terus pejam mate.

*Aku nak mimpi kau Pak lah!


Thursday, January 8, 2009

:: resepi kejayaan::

sebelum ape2, maaf.. lame tiade kemas kini.
sampai sekarang masih belum ade ape2 yg berkualiti utk dikongsi.

cume satu. pasal hobi baru aku. jgn cube gelak sinis. aku bole rase ok!
ini sume untuk mase depan. harap2 tidak ditertawakn.

sile beri saye sokongan!




*buku ini dihadiah kn oleh buah hati. buatan sendiri.